Kebimbangan (anxiety) ialah reaksi semula jadi tubuh dan fikiran terhadap situasi stres. Ia dapat membantu kita berjaga dan bersedia menghadapi cabaran. Namun, apabila perasaan cemas itu berterusan, melampau dan mula mengganggu tidur, pembelajaran, kerja atau hubungan, ia boleh menjadi tanda gangguan kebimbangan yang memerlukan perhatian. Laman ini dicipta untuk membantu kamu faham apa itu anxiety, kenal pasti simptom, dan belajar cara-cara mudah untuk redakan perasaan cemas melalui latihan pernafasan, meditasi ringkas, aktiviti interaktif dan soal saringan awal. Di sini juga ada panduan bila perlu mendapatkan bantuan profesional serta sumber sokongan untuk langkah seterusnya
PERKHIDMATAN

Kenal pasti tahap Anxiety anda (Ujian DASS)
Ujian DASS ialah satu alat psikologi yang digunakan untuk menilai tahap kemurungan (Depression), kebimbangan (Anxiety), dan tekanan (Stress) dalam diri seseorang. Ia bukan alat diagnosis, tetapi membantu individu mengenal pasti tahap emosi semasa supaya mereka lebih peka terhadap kesejahteraan mental sendiri.

Mindfulness Meditation
Mindfulness meditation membantu anda menenangkan fikiran dan emosi, serta mengurangkan kebimbangan yang berlebihan. Dengan memberi tumpuan kepada saat ini, anda dapat belajar menerima perasaan tanpa penilaian dan membina ketenangan dalaman yang berkekalan. 🌸

Permainan
Luangkan masa seketika untuk bermain permainan santai yang direka khas untuk membantu menenangkan minda dan mengurangkan tekanan.
Create Your Own Website With Webador